Tuesday, 28 May 2013

#2 Bukan Pengakhiran.

Hujan  turun  selebat-lebatnya.  Kaki  aku  masih  tidak berganjak  dari  situ. Kelibat  kau  semakin  jauh  di  pandangan.  Kau  terus  berjalan  tanpa  menoleh  lagi.

Air  mata  dan  air  hujan  sama-sama  membasahi  muka  aku  tika  itu.  Merembes  selebat  dan  semahunya.  Namun  tiada  esakan.  Hanya  air  mata  yang  deras  mengalir.  Kelibat  kau  sudah  tidak  kelihatan  lagi.

Perlahan-lahan  aku  melangkah.  Selangkah.  Dua  langkah.  Dan  esakan  mula  tersembur  dari  mulutku.  Aku  mula  tersedu-sedu.  Pandangan  mula  kabur.  Aku  terjelepuk  di  situ  bersama  lecakan  air  hujan  yang  turun  dengan  menggila.

“Kita  putus.  I  dah  ada  orang  lain.”

Kau  tutur  dengan  tenang  dan  berlalu  begitu  sahaja.  Tanpa  sempat  aku  bertanya  punca.  Kenapa? 
Kenapa  kau  begitu  kejam?  Atau  aku  yang  terlalu  dungu? 



***

Kenapa   biar  sepi  belengu  diri?
Kenapa  harus  bermuram  andai  bahagia  sedang  menanti?
Kenapa  sukar  ukir  senyum  jika  ada  yang  menguntum?
Kenapa  tidak  bangkit  dari  sakit  perit?
Kenapa? 

Aku  tersentak.  Baris  ayat  dalam puisi  itu  sangat  menyindir.  Hampir  5  bulan  aku  murung.  Hidup  tidak  terurus.  Aku  bawa  diri  jauh.  Dia  sudah  selamat  diijab  kabul  dengan  gadis  pilihan  hati.

Jadi  siapa  aku?  Setelah  hampir  dua  tahun  menyulam  cinta  bersama  dia.  Dan  siapa  aku  pada  dia  andai  kami  tidak  bersama  di  pengakhirannya.  Iya,  mungkin  tiada  jodoh  antara  kami.  Tapi  tidak  perlu  rasanya  diseksa  hati  ini.

Ah,  tak  guna  aku  fikirkan  lagi.  Semua  sudah  lama  berakhir.  Ya  lama  dan  aku  masih  tidak  berganjak  dari  kesan  luka  ini.

Kertas  yang  tertera  puisi  tadi  ku  tatap  lagi.  Bayu  laut  yang  bertiup  kuat  tika  itu  membuatkan  kertas  itu  hampir  melayang   dari  pegangan. 

Aku  terjumpa  kertas  itu  di  atas  tanah.  Gerangan  siapa  yang  menulisnya?

“Maaf,  mungkin  itu  milik  saya.  Tercicir  barangkali.”

Aku   menoleh  dan  terpaku.  Mukanya  cerah  berseri.  Rambut  disisir  rapi.  Kaca  mata  yang  dipakai  dibetulkan  kedudukan  sambil  tersenyum  manis. 


Dan  aku,  aku  membalas  senyuman  itu.  Iya,  aku  membalas  senyuman  itu.  Aku,  buat  kali  pertama  tersenyum  setelah  kecewa  akibat  luka  perit  semalam.


Saturday, 18 May 2013

#1 Hurt.

Tudung aku tanggal. Macam biasa. Balik kelas je, 'subjek' aku katil. Aku campak badan sesedap rasa. Cuba pejam mata. Bukak balik. Kepala otak aku masih terngiang-ngiang kata-kata si Anabella tadi lepas kuliah. Dia ni kenapa? Nak kena lempang seratus kali ke? Tak pun meh sini aku kasik cili sikit mulut tu! Panas. Panas betul hati aku ni. 

"I ada date dengan Faris petang ni! Wish me luck! My first date ni! Hehe."

"Oh really? Goodluck then!" Bodoh. Loser. Sial. Goodluck? Like seriously, goodluck?? 

Arrgghh. Aku sedar aku tak boleh nak put a blame dekat si Anabella bajet cantik tu. Dia pun tak pernah tau yang Faris tu was my ex. Apa yang aku boleh kelaskan situasi aku ni? Meroyan? bukan. Syok sendiri? Bukan. Menyesal? Macam ye. Bunyi datang dari phone aku. Whatsapp dari Faris.

Dia : Anabella. I'm going out with her

Aku : So?

Dia : Are u okay with that?

Aku : Pegi mamp

Dia : Okay then

Aku campak phone jejauh. Arggghh. Aku jerit sekuat hati. Bodoh!! Aku tau aku silap. Aku yang nakkan kitorang break. Sebab aku bosan. Aku rasa macam yang dia deserve perempuan yang lagi better dari aku. Tapi bila jadi macam ni apahal aku gelabah? Aku sendiri tak tau. Aku kejam mata lagi. Cuba untuk tidur. Pergi mampus dengan korang punya date!

Malam tu aku sensorang lepak kat roof top. Tempat lepak favorite kitorang time couple dulu. Jujurlah, aku masih nak dia. Aku masih sayang dia. Aku bodoh sebab suruh dia tinggalkan aku. Aku nak dia balik. Aku nak dia!! Air mata jatuh setitik dua titik. Lama-lama aku terduduk sambil menangis tersedu sedan. 



I'm sorry for blaming you..
For everything i just could'nt do..
And i've hurt myself.. By hurting you..
-Hurt by Christina Aguillera


Last Shout: (Cerita pendek rekaan gua) Tiada kena mengena sama ada dengan yang masih hidup atau yang telah tiada.