Monday, 27 January 2014

#14 Senyum Palsu.

Berlari dan terus berlari.
Jauh aku meninggalkan sepi.
Aku tolak tepi segala bingar kehidupan.
Aku hanya butuh kekuatan.
Apakah aku sudah sembuh dari luka kehilangan?
Ah, boleh saja aku palsu senyuman.
Boleh saja aku palsu ketawa.
Kerana engkau tidak tahu apa yang selama ini hati aku bawa.
Dan harus juga engkau tahu, aku juga bisa palsu kebahagiaan.
Lalu aku siniskan lagi sengihan.

Wednesday, 22 January 2014

#13 Lelaki.

Cubaan tidur tidak berjaya.
Lalu aku di sini. Berkira untuk menaip sesuatu.
Entah kenapa aku rasa kosong.
Malam dingin sedingin hati aku.
Sepertinya aku tidak punya apa apa.

Soal hati. Aku sudah penat. 
Aku sudah penat dengan permainan dunia lelaki.
Sampai bila harus aku yang berharap?
Sampai bila harus aku yang merasa sakit?
Lalu aku ingin membicarakan tentang LELAKI.

Lelaki.
Mereka sangat rumit bagi aku.
Mereka bahkan lebih rumit dari segala permasalahan dunia.
Bagi aku.

Lelaki.
Aku tidak pernah tahu apatah lagi ambil tahu keinginan mereka.
Keinginan mereka yang mereka mahukan dari hati seorang perempuan.
Aku jahil soal itu.

Lelaki.
Jika engkau datang dekat, aku tidak tahu harus berbuat apa.
Jika engkau datang bersama maksud hati yang tersirat aku tidak tahu harus berbuat apa.

Lelaki.
Harapnya engkau mengerti bahawasanya tidak punya yang bagus tentang aku.
Tidak ada apa yang dapat dibanggakan oleh kalian tentang aku.

Lelaki.
Mengertilah. Aku hanya gadis biasa. 
Yang belum tentu mampu membahagiakan kamu.


January 2014, Johor Bahru

Thursday, 16 January 2014

#12 Biar.

Biar aku sendiri ini malam. 
Biar aku selubung diri dalam kelam.
Biar aku rawat sendiri luka dalam.
Biar aku hadap selumbar tajam.

Sebab aku tahu kau takkan datang.

Saturday, 4 January 2014

#11 Bukan Singgahan.

Aku tak nak rasa terkilan.
Aku tak nak rasa terbeban.
Aku tak nak rasa diperbodohkan.

Aku bukan bahan ujian.
Aku bukan tempat untuk luahan perasaan.
Aku bukan gadis sembarangan.

Aku harap aku tak dikecewakan.
Aku harap aku tak disambil lewakan.
Aku harap aku tak disampahkan.

Sebab aku BUKAN SINGGAHAN.