Tuesday, 31 December 2013

Farewell, 2013.

Genap setahun 5 bulan ayah pergi tinggalkan aku. Cepat rasanya masa berlalu. Penghujung 2013, 31/12/13, someone yang aku kenal, ibu dia meninggal dunia. Aku tak tau kenapa aku menangis untuk dia. Maybe sebab aku rasa apa yang dia rasa. I mean aku DAH rasa. Serta merta all the last moment aku dengan arwah ayah datang menerjah ke kotak ingatan aku.

The moment yang aku tak ada di samping dia masa saat-saat terakhir before dia pergi. Dan aku menangis lagi. Moment bila kau tau dia dah tak ada lagi, dia dah tak bernyawa but kau still bercakap dengan dia, begging him to come back. Cakap dengan dia yang tolong jangan pergi sebab kau tak ready lagi nak terima ketiadaan dia. All these moment yang perit aku DAH lalui.

Before this bila dengar mak or ayah kawan-kawan aku or anyone meninggal dunia, aku cuma mampu kata sabar, be strong. But now, bila aku dah laluinya, perkataan sabar, be strong tu aku betul-betul maksudkannya. I really meant it. 

Aku betul- betul jatuh. Jatuh dan makan masa untuk bangun semula. Setiap malam tidur berteman air mata. Aku lalu situasi jatuh ni for almost one month. I don't know how to bounce back. Aku lemah. Aku tak ada semangat untuk teruskan apa yang aku patut teruskan. Aku betul-betul 'patah'.

Because before that aku pernah cakap dekat arwah " Kalau ayah tak ada Zira tak tahu macam mana nak hidup". And bila dia betul-betul pergi, aku memang jatuh jatuh dan jatuh. 

And now, walaupun dia dah lama pergi, arwah akan still terpahat dalam hati aku buat selamanya. Walaupun aku cuma dapat hidup dengan dia selama 19 tahun je. 

Ayah, I love you so much and i miss you i miss you i miss you.

Wednesday, 20 November 2013

#10 Silly.

You walk by. But you don't see me.
I stand in front of you. But you still don't see me.
I stand right beside you. But you don't even look at me.
I try to talk to you. But you just ignore me.

I wish that you can call my name. As you walk on by.
I wish that you can give me a smile when we passing by each other.
I wish to hear your voice.
I wanted to smile at you. But you don't even see me.

Silly me! You doesn't care.
Silly me! Because i STILL care.

Friday, 20 September 2013

#9 Until You're Mine.





Waktu berputar.. dan kita masih belum dipertemukan.."


Itu yang ditulis Gadis dalam buku koleksi coretannya. Setiap hari Gadis akan ke The Cafe. Mencari sudut tersembunyi sambil ditemani Cappuccino kegemaran. Mencari inspirasi. Mencari idea. Mencari ilham. Sebagai penulis.

Dari luar dinding kaca The Cafe adalah kawasan pejalan kaki di mana Sam mencari rezeki dengan memetik gitar dan menyanyi sebagai hiburan bagi pejalan kaki. Setiap kali gadis keluar dari The Cafe untuk pulang maka setiap kali itulah mereka akan berselisih dan kadangkala gadis akan berhenti dan layan lagu-lagu yang disampaikan oleh Sam.

Situasi ini berlarutan hampir setahun. Tanpa sepatah kata. Gadis dan Sam hanya saling berbalas pandangan. 
Hari berganti hari sehinggalah satu hari Gadis datang ke The Cafe pada waktu malam. Seperti biasa, Cappuccino kegemaran, spec, journal dan sebatang pensel untuk mencipta coretan harian.

Malam itu agak berbeza dari kebiasaan kerana kawasan pejalan kaki di luar The Cafe agak lengang dan kelibat Sam tidak kelihatan. Gadis agak pelik pada mulanya tapi buat-buat tak kisah dan mula fokus pada idea yang datang.

Tiba-tiba seorang pelayan cafe menghampiri Gadis dan memberikan sekeping kad. Gadis ambil dengan muka pelik. Di atas kad itu tertulis:

"An evening with Sam"
Venue: The Street
Date: 27 Sept 13
Time: 9pm

"Who's Sam?" Tanya Gadis kepada pelayan cafe.

"That guy yang selalu busking kat depan The Cafe."

Gadis agak terkejut. Like seriusly?

"It's tomorrow's night.." Gadis ulang baca apa yang tertulis di atas kad tersebut.


***
Keesokan hari.

"This song saya tujukan khas buat seseorang yang berjaya mencuri hati saya. Saya percaya yang dia ada kat sini." Sam mula memetik gitar.

 Gadis berdiri tegak di dalam sekumpulan manusia yang sangat ramai dan bersorak untuk Sam. She's kind of blur at that time sebab masih tak percaya lelaki busking tepi jalan boleh ada live performance with these so many crowd.


Settle down with me
Cover me up
Cuddle me in

Lie down with me
And hold me in your arms

And your heart's against my chest, your lips pressed to my neck
I'm falling for your eyes, but they don't know me yet
And with a feeling I'll forget, I'm in love now

Kiss me like you wanna be loved
You wanna be loved
You wanna be loved
This feels like falling in love
Falling in love
We're falling in love





Sam menyampaikan lagu dengan penuh perasaan. Gadis hanya kaku melihat persembahan Sam tanpa sebarang sorakan and not even tepuk tangan. 

"Awak. Awak that cappuccino's girl, always look stressed sambil menghadap journal awak which is i don't even know apa yang awak tulis actually. Awak yang selalu lepak The Cafe kat table tepi cermin. Awak yang selalu stared at me when i'm singing."


And tiba-tiba spotlight silau tepat-tepat tertuju ke arah Gadis yang terkejut dan terpinga-pinga. Sam bangun dan turun dari pentas menuju ke arah Gadis. Suasana The Street waktu itu sangat kecoh dengan sorakan penonton yang amazed dengan scene tersebut.


Gadis masih berdiri kaku. Sam sudah berdiri tegak menghadap Gadis. Mereka saling berbalas pandangan.


"Who... are you...?" Terketar-ketar Gadis bersuara.


"I'm your boyfriend-to-be!" 


 Sam senyum nakal.


Gadis speechless.




Monday, 16 September 2013

#8 Bodoh.

Kau luah rasa yang sekian lama terpendam.
Aku hanya mampu ungkap "Entahlah.."

Kau luah rasa sayang yang sekian lama tertanam.
Aku hanya mampu ungkap "Hmm.."

Kau tekad mahu tunggu jawapan dari aku.
Aku hanya mampu ungkap "Jangan.."

Kau hilang.
Aku diam.

Kemudian aku datang semula kerana memikirkan kita masih kawan.
Dan kau hanya mampu ungkap "Siapa ni?"

Aku terkedu. Terserlah kebodohan aku.
Iya, kau memang buang aku. Hanya kerana aku tiada jawapan pasti buat soalan dari hati kau.

Sunday, 15 September 2013

#7 Nevermind.

Tak mengapa andai aku bukan apa-apa.
Tak mengapa andai kau buat-buat lupa.
Tak mengapa kalau kau bertanya aku siapa.
Tak mengapa kerana aku tidak akan bertanya kenapa.

Friday, 16 August 2013

#6 Sebab?

Bila berjumpa kalau boleh semua benda nak dicerita, dikongsi.
Tak peduli apa pun topik bantai asal dapat borak.
Berbual, berceloteh selagi ada benda nak diceloteh.

Sebab?

Mungkin banyak benda yang sama. 
Point of view terhadap sesuatu perkara yang sering kali sama.
Bila dah bukak cerita, tak pedulik keadaan sekeliling.
Mula selam perasaan masing-masing.

Sebab?

Tiada siapa yang betul-betul faham aku.
Tapi dia faham.
Aku kurang kawan yang rapat pat pat segi empat.
Sorang dua. Mungkin bukan dua.
Sorang. And thats her.

Sebab?

Bila balik bercuti, macam tak lengkap kalau tak hang out sekali.
Tak kisah kalau keluar takde hala tuju.
Asal dapat jumpa untuk kongsi perkembangan terkini.
Entah lah.. itu aku. I need someone at least sorang untuk faham aku.
Dan aku ada dia. Ya, dia bestfriend aku. Dari umur sepuluh tahun.

Sebab?

Sebab dia adalah Nur Arina Farhan.




Monday, 15 July 2013

#5 Heartless

Senyap. Diam. Jauh. Dalam erti kata lain aku hilang. Aku macam tak perlu dan sememangnya aku tak diperlukan pun.

Aku happy macam tu. Aku bebas. 20 dan masih belum terikat dengan mana-mana hubungan cinta. Dan ada aku kisah?

Aku tak berminat. I mean like, buat masa ni. Aku belum berminat nak ada hubungan bunga-bunga cinta like yeah.. i love you lah miss you lah. Datanglah siapa-siapa pun, kalau aku kata aku tak berminat, tetap tidak.

Biarlah orang nak kata umur dah nak 20 but still naive dalam bab-bab macam tu. Hei, aku tak peduli lah. Aku memang pesen yang tak berperasaan sangat. Orang nak cakap apa, lantaklah. Heartless? Yeah. Aku memang heartless untuk things about love bagai ni.

Even berkawan sekalipun dengan lelaki, aku macam.. it's like, i can feel the 'gap'. I mean like, i'm no good with such thing like that. Dari dulu lagi. Sekolah dulu, kawan-kawan lelaki aku hanya terhad yang satu kelas dengan aku je. Same goes masa aku dekat matriks. Lagilah.. that time dunia aku, aku rasa hanya ada kengkawan perempuan. Sahaja.

Then dah masuk U pun aku masih macam tu. Aku dengan lelaki macam ada gap and aku okay macam tu. Aku selesa. So yeah. That's me. Lelaki.. aku ada abang-abang, adik. It's just enough. Dan aku dapat merasakan yang i'll become someone yang sangat memilih dalam bab-bab memilih pasangan. Bukan merasakan lagi, i've already got that title "memilih" from my siblings. Duh!

Lately suka dengar lagu ni!

Live Your Life.







Monday, 24 June 2013

#4 Kalau

Kalau kau baca ni,  ada aku kisah?
Kalau kau baca ni, ada aku peduli?
Mana kau hilang? Puas aku mencari, masih tak nampak bayang.

Kalau kau baca ni, ah lantak kau nak fikir apa.
Kalau kau baca ni, boleh ke luntur sikit ego kebal kau?
Sampai bila kau nak menjauh? Bila nak henti bertaruh?

Kalau kau baca ni, cukup-cukuplah sembunyi.
Sampai bila nak berlari?
Tak penat ke hati? Main tarik tali macam ni?

Kalau kau baca ni, percayalah aku masih ada hati.
Hati yang tak pernah kau tau apa isi.
Kalau kau baca ni, harap aku masih ada di sini.


Sunday, 2 June 2013

#3 Someone Like You



Aku  masih  boleh  tergelak  bila  kau  call.  Aku  masih  boleh  berlawak  bila  kita  ber-whatsapp.  Tapi  dalam  masa  yang  sama  ada  kau  tau  hati  aku  sakit  macam  disiat-siat  ni?

Kau  call  cakap  nak  datang.  Aku  punya  happy  senyum  sampai  kepala   apa  kau  tau?

Aku  punya  bangang  cepat-cepat  geledah  handbag  carik  make-up  sebab  nak  touch  up.  Almaklumlah  agak  berkurun  lama  kita  tidak  bersua.  Excited  aku  lain  dari  yang  lain  waktu  tu.

Aku  cari  port  yang  baik  so  that  aku  boleh  terus  nampak  kau  bila  kau  datang  nanti.  Mata  aku  dok  usha  jalan  besar  tu  kot-kot  ada  kereta  kau  lalu.  Lebih  kurang  20  minit  lepas  kau  call,  finally  aku  nampak  kelibat  kau.  Of  course  dari  jauh  dah  nampak  sebab  kau  tinggi.

Aku  senyum  lebar  bila  dah  nampak  kau.  Tapi  senyum  jadi  tawar  bila  nampak  kau  berjalan  ke  arah  aku  sambil  kendong  baby.  Kau  senyum.  Aduh,  masih  kacak  seperti  dulu.  Aku  bodoh  sebab  aku  cair  sepuloh  minit.  Kemudian  kelibat  isteri  kau  kelihatan  berjalan  bergandingan  dengan  kau.

Aku  cuba  senyum  seramah  yang  mungkin.  Kau  makin  mendekat.  Aku  senyum  lagi.  Bila  kau  betul-betul  depan  mata  aku  waktu  tu,  hanya  Tuhan  yang  tahu  perasaan  aku.
 
“Hai”. 

Itu  ayat  pertama  yang  keluar  dari  mulut  kau.  Aku  cuba  cover  line  dengan  meng-agah  baby  yang  kau  kendong  tu.  Baby  yang  sangat  comel.  Isteri  kau  tersenyum  mesra  ke  arah  aku  sambil  menunduk  sopan.  Dan   aku  rasa  sangat  awkward.  Aku  tak  tau  kenapa.  Aku  hanya  mampu  balas  senyum  dan  buat  sign  like  menggunakan  ibu  jari  aku. 

Apa  bangang  aku  punya  reaction  time  tengok  isteri  kau,  aku  pun  tak  tau  lah.  Yang  aku  tau, aku  rasa  awkward.  Sangat.

Bila  dalam  dewan  kau  dan  isteri  kau  mengambil  tempat  untuk  makan.  Iya  kita  dalam  majlis  perkahwinan.  Tapi  tak  perlu  rasanya  kau  nak  ajak  aku  duduk  semeja  dengan  kau  kalau  ada  wife  kau  kat  situ.  Bodoh,  aku  nak  bebual  apa  nanti  dengan  kau  gila?  Tak  dapatlah  kita  nak  menggila  macam  dulu  sebab  ada  wife  kau.  Padahal  aku  rindu  nak  menggila  dengan  kau.  Gelak-gelak  tak  ingat  dunia  macam  dulu.  Bebual  segala  macam  benda  tanpa  ‘tapisan’.


Ah,  itu  semua  dulu.  Sekarang  kita  dah  ke-lain.  Kau  dah  kahwin.  Aku  masih  terkontang-kanting  mencari  jodoh.  Aku  tau  kau  masih  anggap  aku  ni  kawan.  Dan  aku  tau  kau  masih  macam  dulu.  Tak  ubah  sikit  pun  kau  punya  gila  tu.  Aku  tau  kau  jenis  yang  tak  lupa  kawan.  Tapi  aku  masih  tak  bodoh  buta  tuli  untuk  terima  hakikat  yang  kau  dah  beristeri.  Aku  tak  boleh  nak  gila-gila  lagi  dengan  kau  macam  dulu.


Time  kau  nak  blah  tu,  sempat  lagi  kau  kasik  chance  aku  gomol  baby  comel  kau  tu  even  sekejap.  Cuaca  kat  luar  nak  hujan  waktu  tu.  Kau dengan  gentlenya  suruh  wife  kau  stay  sebab  kau  nak  amik  payung  kat  kereta. 

Aku  dengan  bangangnya  lagi  stay  dari  jauh  tengok  drama  sweet  korang.  Kau  payungkan  wife  and  anak  kau  tapi  kau  sanggup  berbasah  kena  hujan.  Dalam  hati  aku  hanya  mampu…

“Untung  wife  kau  dapat  kau…"

Sejujurnya, lepas  tengok  kau  happy  with  your  family,  perasaan  nak  berkahwin  dalam  hati  aku  ni  macam  membuak-buak.  Kalaulah  aku  dapat  lelaki  yang  sebijik  macam  kau.  Ahhh,  terfucked-up  sungguh  perasaan  aku  waktu  tu.  Bila  aku  keluar  pergi  karoke  dengan  family,  mesti  aku  teringat  lagu  Mahakarya  Cinta  yang  kau  nyanyi  time  karoke  dengan  bebudak  time  kije  dulu.  How  I  miss  our  old  time  lah  doh.  Tapi  apa  boleh  buat.  All  we  can  do  is  NOTHING.


"Sometimes  it  lasts  in  love,  but  sometimes it  hurts  instead..."
Someone  Like  You  By  Adele.

Tuesday, 28 May 2013

#2 Bukan Pengakhiran.

Hujan  turun  selebat-lebatnya.  Kaki  aku  masih  tidak berganjak  dari  situ. Kelibat  kau  semakin  jauh  di  pandangan.  Kau  terus  berjalan  tanpa  menoleh  lagi.

Air  mata  dan  air  hujan  sama-sama  membasahi  muka  aku  tika  itu.  Merembes  selebat  dan  semahunya.  Namun  tiada  esakan.  Hanya  air  mata  yang  deras  mengalir.  Kelibat  kau  sudah  tidak  kelihatan  lagi.

Perlahan-lahan  aku  melangkah.  Selangkah.  Dua  langkah.  Dan  esakan  mula  tersembur  dari  mulutku.  Aku  mula  tersedu-sedu.  Pandangan  mula  kabur.  Aku  terjelepuk  di  situ  bersama  lecakan  air  hujan  yang  turun  dengan  menggila.

“Kita  putus.  I  dah  ada  orang  lain.”

Kau  tutur  dengan  tenang  dan  berlalu  begitu  sahaja.  Tanpa  sempat  aku  bertanya  punca.  Kenapa? 
Kenapa  kau  begitu  kejam?  Atau  aku  yang  terlalu  dungu? 



***

Kenapa   biar  sepi  belengu  diri?
Kenapa  harus  bermuram  andai  bahagia  sedang  menanti?
Kenapa  sukar  ukir  senyum  jika  ada  yang  menguntum?
Kenapa  tidak  bangkit  dari  sakit  perit?
Kenapa? 

Aku  tersentak.  Baris  ayat  dalam puisi  itu  sangat  menyindir.  Hampir  5  bulan  aku  murung.  Hidup  tidak  terurus.  Aku  bawa  diri  jauh.  Dia  sudah  selamat  diijab  kabul  dengan  gadis  pilihan  hati.

Jadi  siapa  aku?  Setelah  hampir  dua  tahun  menyulam  cinta  bersama  dia.  Dan  siapa  aku  pada  dia  andai  kami  tidak  bersama  di  pengakhirannya.  Iya,  mungkin  tiada  jodoh  antara  kami.  Tapi  tidak  perlu  rasanya  diseksa  hati  ini.

Ah,  tak  guna  aku  fikirkan  lagi.  Semua  sudah  lama  berakhir.  Ya  lama  dan  aku  masih  tidak  berganjak  dari  kesan  luka  ini.

Kertas  yang  tertera  puisi  tadi  ku  tatap  lagi.  Bayu  laut  yang  bertiup  kuat  tika  itu  membuatkan  kertas  itu  hampir  melayang   dari  pegangan. 

Aku  terjumpa  kertas  itu  di  atas  tanah.  Gerangan  siapa  yang  menulisnya?

“Maaf,  mungkin  itu  milik  saya.  Tercicir  barangkali.”

Aku   menoleh  dan  terpaku.  Mukanya  cerah  berseri.  Rambut  disisir  rapi.  Kaca  mata  yang  dipakai  dibetulkan  kedudukan  sambil  tersenyum  manis. 


Dan  aku,  aku  membalas  senyuman  itu.  Iya,  aku  membalas  senyuman  itu.  Aku,  buat  kali  pertama  tersenyum  setelah  kecewa  akibat  luka  perit  semalam.


Saturday, 18 May 2013

#1 Hurt.

Tudung aku tanggal. Macam biasa. Balik kelas je, 'subjek' aku katil. Aku campak badan sesedap rasa. Cuba pejam mata. Bukak balik. Kepala otak aku masih terngiang-ngiang kata-kata si Anabella tadi lepas kuliah. Dia ni kenapa? Nak kena lempang seratus kali ke? Tak pun meh sini aku kasik cili sikit mulut tu! Panas. Panas betul hati aku ni. 

"I ada date dengan Faris petang ni! Wish me luck! My first date ni! Hehe."

"Oh really? Goodluck then!" Bodoh. Loser. Sial. Goodluck? Like seriously, goodluck?? 

Arrgghh. Aku sedar aku tak boleh nak put a blame dekat si Anabella bajet cantik tu. Dia pun tak pernah tau yang Faris tu was my ex. Apa yang aku boleh kelaskan situasi aku ni? Meroyan? bukan. Syok sendiri? Bukan. Menyesal? Macam ye. Bunyi datang dari phone aku. Whatsapp dari Faris.

Dia : Anabella. I'm going out with her

Aku : So?

Dia : Are u okay with that?

Aku : Pegi mamp

Dia : Okay then

Aku campak phone jejauh. Arggghh. Aku jerit sekuat hati. Bodoh!! Aku tau aku silap. Aku yang nakkan kitorang break. Sebab aku bosan. Aku rasa macam yang dia deserve perempuan yang lagi better dari aku. Tapi bila jadi macam ni apahal aku gelabah? Aku sendiri tak tau. Aku kejam mata lagi. Cuba untuk tidur. Pergi mampus dengan korang punya date!

Malam tu aku sensorang lepak kat roof top. Tempat lepak favorite kitorang time couple dulu. Jujurlah, aku masih nak dia. Aku masih sayang dia. Aku bodoh sebab suruh dia tinggalkan aku. Aku nak dia balik. Aku nak dia!! Air mata jatuh setitik dua titik. Lama-lama aku terduduk sambil menangis tersedu sedan. 



I'm sorry for blaming you..
For everything i just could'nt do..
And i've hurt myself.. By hurting you..
-Hurt by Christina Aguillera


Last Shout: (Cerita pendek rekaan gua) Tiada kena mengena sama ada dengan yang masih hidup atau yang telah tiada.

Sunday, 28 April 2013

3:45 Pagi.

Kau fluent speaking English.

Sedangkan aku?

Kau study oversea.

Sedangkan aku?

Kau dari family berada.

Aku?

Ah. Jauhnya aku dengan kau. Jauh. Jauh. Kenapa aku tak sedar diri? Yang kita sememangnya banyak perbezaan. Macam langit dengan bumi.

Kau damba gadis-gadis semasa.

Aku? Cuma gadis biasa. Pandang aku? Sebelah mata belum tentu.

Kenapa lelaki seperti kau juga yang buat aku tertarik? Sedang kau? Kejam menjeling tajam ke aku.

Bodoh. Bodoh. Impossible crush begini betul-betul membunuh aku. Kita memang tak setaraf untuk bersama. Tapi kenapa kau yang sering menjengah malam sunyi ku?

Kenapa kau tanpa salam menerjah kotak minda tatkala lelap hampir tiba?



Last Shout: Cela, Boneca #np

Thursday, 25 April 2013

"Yunalis Zarai"

Mungkin pelik. Aku adore sangat dengan Yuna. Since zaman sekolah. Since Yuna tengah naik dengan "Dan Sebenarnya". Dari situ aku terus minat dia. Terus rajin mendownload lelagu dia. Yang orang tak pernah dengar pun aku download gak.

Sebab pada aku lelagu Yuna ada satu soul yang dia bawak yang tak ada kat penyanyi lain. Dan aku macam tersentuh dengan maksud-maksud lagu yang dia cipta. Even sampai akak aku sound time aku keep repeating lagu "Penakut" aku tetap minat lagu-lagu Yuna. Kau tau apa ayat akak aku that time?

"Lagu gile ape yang kau dengar gile?" 

Setan!

Ngesah pulak aku. Aku masih sangkot earphone ke lubang telinga dan lagu Yuna masih berkumandang hingga kini. Dari zaman dia pakai shawl lilit sampai pakai turban. Aku masih adore. Sampai tahap gambarYuna aku kerat dan tampal kat board meja study. Adakah over? Takpe kot.

Kisah cinta dia dengan Qi pun aku follow. Sampai dah clash. Diorang sweet. Tapi maybe takde jodoh. Masalah long distance relationship katanya. Pada aku Yuna ni sangat smart. Memang "Random Awesome".




Ada satu lagu Yuna "Lullabies". Lagu tu memang terkena dengan aku waktu crush 4 tahun terhadap someone yang tak patut dimensi disini. 

Nah, sini aku bagi sikit lirik dari lagu "KL KITA" yang Yuna duet dengan Qi. Dah berjuta kali ulang dah ni. Bila dengar2 balik sedih pun ada coz lagu ni still berkumandang sampai sekang. Yelah dah lah cipta sesama. Tak ke rasa awkward. Tapi dorang memang pro plus cool. Respect!

Waktu mencemburui aku
Kota raya menjamah ku
Dimana perginya mimpi ku
Mungkin dijemari mu

Kau menghidupkan semangat ku
Kau memberikan harapan
Dan kau rampas semula

Ku mencari jawapan
Di setiap persimpangan
Impian yang ku simpan
Hanya pada mu


Last Shout: It's okay. Love can wait.


Tuesday, 23 April 2013

Blergghh.

"Sekali kita dah jatuh cinta kat seseorang, mungkin susah untuk kita jatuh cinta lagi." -Aku

Siapa kata aku tak pernah jatuh cinta? Siapa kata aku noob dalam bab2 ni? Aku pernah rasa macam mana rasanya jatuh cinta tu. Rasa bahagia memanjang even just unrequited love je. 4 tahun kau ingat sekejap2? Lama wo. Macam mana aku boleh act cool tahap tak-de-tahap sepanjang 4 tahun tu pun aku tak tahu lah.

Mungkin sebab sedar diri ni tak layak untuk si dia. Tu yang senyap sampai habis sekolah tu. Habis sekolah maka tamatlah kisah aku dan dia. Thats it! Mungkin jugak aku dengan dia sama-sama weirdoooo. Haih, feeling aku kat dia dulu memang gila high lah. Sampaikan segala hape yang dia buat cute di mata aku. Melampau sungguh! Tapi aku bahagia. Aku tak tau kenapa aku bahagia sesangat even dia tak pernah tau feeling aku kat dia dulu. Adakah itu kuasa cinta?

Sekarang aku tau dia study kat mana. Course apa. Cuma aku tak tau adakah dia dah berpunya apa belum. Kekadang aku terfikir yang aku ni still tunggu dia lagi ke? Sebab sumpah aku susah nak fefeeling kat other guys macam yang aku feeling kat dia. Senang cakap no one can replace him.

Aku memang berharap untuk berjumpa dengan dia lagi in future. Last year aku pernah ternampak dia. And dia nampak aku jugak. Mau tak ketak satu badan aku time tu. Phewww. Berharap yang dia jodoh aku tu mungkin agak mustahil coz itu kerja Tuhan. Tapi tak salah kan kalau aku anggap dia as my first love yang susah untuk dilupakan. Yup, he's my first love. 


Last shout: Bodoh.



Sunday, 14 April 2013

"Alex Turner vs Fuad Alabaster"

Malam sabtu itu hari aku join A'a dgn Chot tengok Versus kat Space U8. That was my first time gak lah pergi live show macam gitu. First time tengok live band. And aku macam woahhhh!

Sound dia sumpah best. Antara bands yang ada that night macam Estranged, Krystal, Oh Chentaku, Manifesto and Kyoto Protocol. Manifesto tu band baru. Tomok vocalist. Yang aku macam lagi "woahh" time tengok Kyoto Protocol lah.

Actually first time dengar nama band tu. Okay, lagu diorang gila best! Vocalist die, aummmm. Fuad Alabaster. Drummer and guitarist pun tak kurang aumm nye di situ. Sumpah semua muka mix-mix belake. Belum dengar suara, baru lead gitar opening je aku dah ternganga. Okay best! 

Opening diorang nyanyi lagi Gimme Nothing. Dengar sekali je aku macam "sedap gak lagu ni". Kepala aku pun dah start goyang-goyang kemut kat situ. Penutup pun diorang perform lagi. Lagu Bunyi Gitar versi Kyoto Protocol. Awesome habaq hang! Dengan memasing pakai kemeja smart style masuk opis dengan tie segala plus tarbus di kepale memasing.

Smart kot! Balik tu terus aku search pasal Kyoto Protocol ni. Kat Youtube bagai. Diorang sangat different lah. Balik JB nanti mulalah sesi mendownload lelagu dorang pulak. Kahkah.


Baju pink tu drummer.


Fuad. Aummm.


Yang tengah tu Hairy. The guitarist.

Tapi tapi tapi. Arctic Monkeys masih dan tetap band number one bagi aku. Mula meminati band ni semenjak tamat matrikulasi. Mana ade sape-sape boleh beat vokal slumber lagi cool milik Alex Turner aku weh? Sam Bunkface pun tak boleh! Eh?



Alex Turner.  


Smart plus hot gila kot bila rambut dia dah transform cenggini. 


Last shout: Even lagu Mardy Bum dah lama tapi masih baru di pendengaran lubang telinga aku. Hmph!



Friday, 12 April 2013

"Prettiest Friend"

*Jason Mraz's song. I just change "her" to "him". Dedicated to someone.

This is what i look like today.
And i'm trying not to pull out my hair.
i'm trying not to show it cause i'm far too shy to grow it back there.

That's probably why i like wearing hats.
I'ts no denying i'm deffering facts.
Avoiding confrontation lacks tacts in a situation behind everyline is a lesson yet to learn.

But if you ask me the feeling that i'm feeling is overwhelming and oh, it goes to show..
i've so much to know..

I wrote this for my prettiest friend, but while trying not prove that i care.
I was trying not to make all my move in one motion and scare him away.
Well he can't see he's making me crazy now.

I don't believe he knows he's amazing how.
He has me holding my breathe. So i'd never guess that i'm such unsuitable,
Suited for him...

But if you ask me, the feeling that i'm feeling is complimentary and oh it goes to show,
the moral of the story is girl's love boy and so on..
but the way it unfolds is yet to be told..

I know that i.... should be brave,
even pretty can be seen by the blind.
I know that i... cannot wait,
until the day we finally learn how to find each other redefining open minds.

And if you ask me, the feeling that i'm feeling is overjoyed. And it's golden it goes to show then,
the ending of this song should be left alone...
and so on... cause the way it unfolds is yet to be told.....



Last Shout: Aku membesar dengan mendengar lagu-lagu Exist. Eh?

Monday, 25 March 2013

"Mengorak Langkah"

Niat dihati tadi nak ketiduran. Tapi aleh2 tak dapat lelap pulak. Jari ni pulak menggatal semacam nak menaip. Hape lagi bangkit dari katil then terus bukak notebook. Mueheheh.

"Ingat yang kite ni bukan orang senang, takde sape nak tolong kite termasuklah keluarga sendiri."
Ayat-ayat mak tu sentiasa ulang tayang dalam pale otak aku dari aku sekolah rendah sampai sekarang. Iye, aku memang membesar dengan penuh kesederhanaan, kesempoi-an, ala kadar, asal ada je. Memang mak ngan arwah ayah tak ajar anak-anak dia hidup mewah. Lagipun aku memang bukan dari family berada.

Family yang sederhana tapi bahagia. Honestly, seumur hidup benda paling branded aku pernah  ada kasut Converse All Star yg line merah tu. Tu lah first thing yg agak branded aku pernah ada. Tu pun aku harok pakai dari form 3 sampai form 5. Aku memang bukan kaki branded. Jaman-jaman sekolah dulu aku lah yang paling sempoi dikalangan adik beradik. Benda yang boleh pakai lagi aku pakai je sampai habis sekolah. Selagi elok. Tak perlu rase nak beli baru setiap kali bukak sekolah.

Handphone pun aku dapat yang handphone kokak hasil-hasil saki baki dari akak-akak, abang-abang aku je. Tak pernah aku demand nak beli phone. Langsung tak pernah. Tu yang aku agak ternganga tengok budak sekolah jaman sekarang jauh lebih advance dari aku. Handphone pertama yang aku beli sendiri guna duit gaji time keje lepas matrix. Tu lah the first one. Galaxy Y je mampu.

Guess? Carlo Rino? Amende lagi yang branded2 memang jauh dari badan aku. Means memang aku tak pernah dan tak pernah berangan nak ada. Sebab memang belum mampu. So dari sekolah memang aku rasa takkan ada siapa pun yang boleh tolong kita melainkan diri kita sendiri. Pada aku hanya ilmu yang boleh ngubah kehidupan kita kepada yang lebih baik.

Aku ngaku yang aku bukan lah budak yang pandai-pandai time sekolah dulu. Bukan kelas 1st pun. Aku just student yang average but still nak dapatkan result yang boleh puaskan diri sendiri. Tapi aku loser dari form 1 sampai form 3. Serius cakap lah ni. Bukanlah loser yang harok tak belaja langsong, tapi at that time aku still tak tau apa yang aku nak. Tau nak huha huha jek ngan kengkawan. Form 1 aku hancus, form 2 bangkitlah siket, form 3 PMR tp tu pun aku tak dapat A langsung. B semua. Aku punya frust menonggeng tertonggeng2 time tu hanya Tuhan je yang tau. Bayangkan aku menangis dua hari gak lah tak keluar bilik.

Sebab aku malu dengan diri sendiri. Aku macam tak leh nak tengok muka mak, arwah ayah yang semestinya frust dengan aku. Aku menyesal yang teramat sangat-sangat. Masuk form 4 aku diletakkan kat kelas aliran Akaun. Time form 4 tu aku cuba rapat dengan budak-budak yang pandai-pandai. Aku belajar dengan diorang. Lama-lama ada improvement dalam study aku. Even still kantoi kat Addmath. Naik form 5 je aku memang gila all out lah. Aku amik tusyen. Addmath dgn Akaun. Yang lain aku belajar sendiri and dgn kengkawan. Dan dengan tak sangka-sangka aku boleh dapat A for Addmath time monthly exam. Banyak kali gak aku tampar-tampar muka sendiri. Aku mimpi ke hape? Mau tak, dulu Addmath nak capai 30 pun siket punye payah bagi aku.

Dari situ aku sedar yang Allah akan sentiasa bantu hamba-NYA yang tak jemu berusaha. Aku terus buat preparation time lagi dua tiga bulan nak Espiyemm. Aku belajar bagai nak gila dengan member aku. Aku rasa aku jadi semangat plus rajin sebab member aku ni lah. Thanks bestfriend! Last-last result SPM keluar. Aku dapat 5A. Sesuatu yang aku tak pernah sangka yang aku akan dapat A sampai 5. Dari aku darjah satu sampai Trial SPM, 3A pun aku tak mampu dapat. Meleleh gak time dapat result tu. Aku rasa cam penat lelah terbayar. Aku terus call arwah ayah. Perkataan pertama yang keluar dari mulut dia time tu "Alhamdulillah.." Aku lagi lah meleleh. Mak tersenyum-senyum kerang aje time aku tunjuk result. Hhehe.Aku rasa tu lah momen-momen paling indah dalam hidup aku.

Time keje lepas Espiyemm tu aku adalah member dengan sorang Abang T bukan nama sebenar ni. Dia pun satu tempat kije dgn aku lah. Tapi dia tu buat part time je walhal dia kije government tu. Dia selalu nasihat kat aku macam-macam pasal life. Satu hari tu aku ushar dia tengah pakai jam tangan. Aku tgk jenama GUESS. Dah sah-sah lah ori pasal aku tengok Abang T bukan nama sebenar ni kaki branded gak. Aku tanya lah "bape weh harga jam tu?" Dia kata 7 rat. Aku ternganga lagi. Maklumla aku tak pernah pun nak amik tau harga-harga ni semua. 7 ratus tu kira cam gaji 1st aku tau. Then Abang T bukan nama sebenar ni cakaplah, "Kau kalau nak pakai mahal-mahal, branded-branded, kau belajar rajin2, cari keje bagus2, gaji besor. Hah, belilah apa yang kau tak dapat beli time ni." Aku terhanggok2 tanda setuju time die cakap cenggitu.

Betul! So sampai sekarang aku ingat kata-kata dia tu. Dan sebab tu lah aku terus mengorak langkah untuk kejar cita-cita dan impian aku. Aku memula dapat offer buat diploma kat UiTM Kelantan sane, tak sampai dua minggu matrix pulak panggil aku. Aku tengah blur2 gak time tu. Then aku pilih jalan lagi belit dan akan nyusahkan aku. Aku quit UiTM, aku masuk Matriks. Alhamdullilah. Aku berjaya tamat matriks and sekarang tengah buat aku nye degree. Insyaallah selagi boleh sambung belajar, aku nak sambung selagi mampu.

Dalam pale otak aku sekang cuma satu je. Aku nak bahagiakan mak, senangkan mak. Aku nak ubah kehidupan keluarga aku kepada yang lebih baik. Sekarang ni pun, aku, jaja, marul macam berlawan-lawan belajar untuk kesenangan kitorang jugak. Nak-nak lepas arwah dah takde ni. Lagilah tak sanggup nak bia mak sensorang. Semoga Tuhan sentiasa memberkati niat suci kitorang menuntut ilmu di menara gading ni. Amin. I love you mak, i love you ayah, i love all of u adik beradik!

 Moge-moge dapatlah sedikit sebanyak pengajaran dari apa yang aku dok bebel dari tadi. Sekadar berkongsi pengalaman. Salam..

Hehe. Aku lettew. Taman ni tempat feveret arwah ayah bawak anak2 die time kecik2 dolu. Skrg dah selamat jadi JB Central dah tempat ni.

Last Shout: Dengor cite Abang T bukan nama sebenar dah selamat jadi bapak orang. Baby girl katanya. Selamat jadi bapak bang! :)

Wednesday, 27 February 2013

"Orang-orang Penting!"

Fuh fuh fuh. *Tiup habok

Blog berhabok! lama beno tak update.Salam.. okay, this time gua nak story mory betape pentingya family and kawan dalam hidup kitee. Buat masa ni diorang lah yang penting bagi aku. Boyprenggg2 ni nanti2 punye cite.Okay family! Kenapa bila everything happen aku akan tetap rase yg family adalah segalanya bagi aku? Coz family aku tak macam family org lain. Kitorang ni special. Kitorang more like friends. Luv them so much!

Akak2, abang2, adik gua sume ade pe'el memasing yg boleh buat hidup gua yang huru hara, cool semula. Even kalau aku nangis or touching tak sampai sesaat due aku dah boleh gelak sakan sebab kegilaan mereka.Aku sayang merekaaaa. Okay now, memasing dah ade komitmen memasing. Aku sumpah rindu mereka! Dalam setahun tu susah kalau nak semua ade dlm pape gathering. 

Okay, akak yg sulong bakal berkahwin this year, i mean lagi 2 months kot, abang no 2 single but die ni cool siket. Jarang gua gegurau lebih dgn die. Abang yg third ni paling aku rinduuuuu. Die ni memang kaki kuat buat aku merajuk even aku tak suka merajuk, suke usik aku! Die ni gila tahap gaban. Sumpah sunyi takde die. He's now kat sarawak. Polis!
Rindu kau wehh T.T

Then "bestfriend" aku, budak berdue ni. Kitorang dari kecik memang buddies bertiga! Hang out mesti bertige uolls. Coz yg atas2 tu sume dah bekerje. Kalau kitorang hang out, orang tak akan anggap yg kami ni siblings sebab muke lelain. Mesti orang ingat kengkawan. Haha! But tu lahh. Sekarang sume dah tak cam dulu. Masing2 ade hal memasing. Second sis aku study kat UUM nunn sane. Adik lelaki gua yang paling lawak dalam dunie tu pulak study kat KMJ. Aku plak UiTM. Then mak sensorang lah? Kesian makk. Ayah dah tade. Aku selalu touching sebab mak suke keluar ayat2 tacing die. T.T

Gilaaaa! (klu marul tau aku letak pic ni mampuihh aku! heee. jgn gitau die tau!)

Aku pulak nak gak cite pasal sorang bestfriend gua nihh. Bestfriend giloss! Gua start satu kelas ngn die dari sekolah rendah darjah 4. Kami mula rapat darjah 5. Sekang kami dah 20 tahun. Kire bape tahun dah aku kenal die ni. Mau2 tak dekat 10 tahun. Huuu Haiiii~ Giloss lame! Dengan die ni lah tempat aku nak cer pape jee yg aku nak cer. Pasal crush tu ke, crush ni ke, sume gua harok cer kat die ni. Even memasing dah study tempat lain2. Hei, kemmonnn lah Fb ade, twidder ade, wassap2 ade. Gunekan sebaiknyaaaa. Muahaha.

Ni hah orangnyee. Arina. Cantik orangnye kan? menjuling pulak tu. kihkih

Orang kata kawan ketawa berjuta kau boleh dapat, kawan menangis pulak susah beno nak carik. But die ni kawan ketawe gua mahupun menangis gua. Kalau aku nangis, aku tau die nangis gak. Hhehehh. Beb, ni for reply dari entry kau yg buat gua tacing habiss tuu. All i can say is, thanks for everything. everything yg we've been through dlm persahabatan yang bertahun-tahun ni. Kau kalau dah jumpe jodoh serasi bersame jgn sesekali lupe ke gua tau! Pape pun, pedulik apa orang kata tentang kegilaan kite yg menggila ni! Orait bebeh. Luv u lah!


Last Shout: Sayang keluarga dan sahabat ku ketat-ketat! :)






Friday, 8 February 2013

'Ada Apa Dengan Cinta?"

*Title macam acah-acah mak enon*

Salam. Okay. aku tak tau kenapa dengan tetiba aku nak cakap pasal cinta. Okay jujur lah, aku memang takde pengalaman. senang cakap aku bodoh kalau bab2 ni. tapi aku still ada pandangan aku sendiri tentang cinta. To me cinta ni datang bila kau rasa kau betul-betul sayang kat seseorang ni. sayang yang mendalam. kau rasa macam kau nak dia so badly. kau nak jaga dia. sentiasa ada dengan dia.(but sumpah aku belum rasa!) itu pada pandangan aku. But to me cara seseorang lelaki nak mendekati perempuan yang dia betul-betul berkenan should be in gentle way lah. 

Aku sangatlah kurang berkenan kalau sesorang lelaki tu nak mengorat dengan style mintak number phone. padahal baru terpandang sekali due je punn. Okay aku pernah mengalami kes macam ni and to me it's like "ahhh bodoh! stupid! bodoh!" Aku rasa aku sangat bodoh sebab aku bagi. And aku menyesal and lepas tu aku benci lelaki yang buat style macam ni. Hmm mungkin aku je yang tak suka cara macam tu. kan ke aku ni memang pelik. Aku ni camne ek nak cakap? Pada aku cara tu sangat lah tak respect each other, tak cool, style budak sekolah. (sorry to say). Itu tak matang.

Aku sebagai kakak kepada adik lelaki aku, kakak saudara kepada adik-adik saudara aku tak kira laki ke perempuan yang still sekolah lagi tu. Okay aku nak cakap kat korang satu je, umur macam korang sangat tak layak untuk bercintan cintun. Bukan nak kata aku ni bagus sangat. But aku dah tau how it's going to end dengan meng-observed (hah nampak tak english bedal aku dah keluar? jgn ikut!) apa yang dah berlaku around me. 

Adik gua yang bertuah sorang ni! Degil jugak ni!


Adik-adik yang akak sayang sekalian, tolonglah kesiankan diri sendiri, parents. think about your future is what more important right now. Aku tak anggap budak-budak sekolah yang bercouple2 ni as sweet couple ke hape jadah whatever. Aku akan assume yang betapa korang telah membuang masa korang jee. Nonsense je tau. But kak zira tau korang sume pandai2, sekolah bagus2. Mesti korang boleh fikir.

Okay, faham benda ni depend lah kat someone tu. masing-masing ada naluri nak berkasih2han but mostly tak semua yang boleh bertahan. Cinta sejati tu ada. Cinta yang datang dengan sendiri tu lah cinta yang for real. Aku tak mencari cinta.(ecehh!) Memanglah orang kata kalau tak berusaha pun tak boleh gak, tapi aku cam dah serik nak berharap or minat kat sape2 sebab mostly aku takkan dapat pun in the end. sadis kan?

Sadiskah?


So, so, so, pehal panjang plak entry kali ni. Okay maybe aku serik camni sebab aku pernah minat (dalam diam) kat someone time sekolah dulu bertahun lamanya (Form 2-Form5) but in the end sampai dah abis sekolah pun memang tak ke mana. So maybe bukan dia yang tertulis untuk kita even kau minat dia tahap apa sekalipun. kalau dah dia bukan untuk kau, tetap bukan. Tetap cam "nothing going to happen between me and him".

Jodoh kita, i mean siapa yang akan menjadi pasangan kita nanti memang dah ada. cuma kita dan si dia belum dipertemukan lagi. dia maybe bersama dengan orang lain. but bila Allah dah sebut Kun Fayakun maka terjadilah ia. In the end kita akan dipertemukan jugak dengan Prince Charming kita yang dinanti-nantikan selama ini. Tak kira bertahun-tahun pun kita tunggu. Insyaallah :)

" bertahun2 kite single sebab tunggu abang.. Janganlah pandang macam tu! Malu!"
*Gediks! Pergi terjun sungai sane! Bhahaha  ;D



Last Shout : Ini cumalah pandangan peribadi aku saje. Suka hatilah nak judge macam mana. Pendapat masing2. Sorry sekiranya telah menyentapkan mana2 pihak yang tersentap. *BuatPeace (Y)

Thursday, 7 February 2013

Impian: Novelist!

Salam. Agak lame aku tak update. Hee. Aku membusykan diri dgn berkarya. acehwah! bunyi  macam gempak je kan. Tak de lah. aku duk sibuk buat cerita pendek. then hantar kat internet. kira macam novel alam maya jugak lah. Kat Penulisan2u tu. Seronok coz memang tu ler minat aku dari sekolah lagi. 

Actually agak banyak cerita pendek senang cakap cerpen yang aku dah buat. Novel ada jugak tapi banyak yg tak siap btul2. Manalah ada masa kan nak mengadap je. Alang-alang cuti panjang, idea pulak mencurah-curah tu yang aku terus menaip tak henti. Hehe.

Baru-baru ni pun aku bedal beli sekali 3 novel kau. Baru start nak baca satu. Tapi dah pernah bace pun sebelum ni. Novel  M.A.I.D! Sumpah best gila novel ni! Keje nak senyum je time baca this novel. Hehe. Memang aku tak pernah bercinta but i do love love story so much! Tak kisah lah yang sedih ke, yg kelakar ke, sume aku harok sukaaa.

# M.A.I.D

5 stars aku bagi! Mr F tersangatlah sweet! Cute! Kalah Zain Hakimi! :p

# Setia Hujung Nyawa

Cute Couple! Lina &Zain :)

# Hei Aku Kenal Cinta!

Jalan cerita ada siket macam drama korea Princess Hour ngan Heart Strings.
(Writer dia budak Uitm tau! Peace yo!)


Bila dah lama-lama baru perasan yang rak buku kat bilik aku tu dah melambak jugak novel-novel yang aku dok beli selama ni. Sampai dah tak tau nak letak mana. Hehe.  Okay, aku start menulis ni since form 2. Time tu tulis pakai tangan kat buku log je. Sakit tangan. Pastu arwah ayah belikan computer masa aku form 4. Hahh, lagilah aku ligat nak menaip. Berkobar betul time tu! Hee. sampai ada sorang member aku ni dok request novel lain pulak. Aku cakap lah mana ada masa setakat ni. Assignment tah kemana nanti. Aku masih amatur.

Dulu time form 4 pernah set impian nak jadi cikgu but in the same time buat novel (novelist) and buat part time jadi wedding photographer! Hahaha. Bunyi macam best je kann? Semangat betul! wahaha.

Okay, Insyaallah kalau aku still ada peluang dan rezeki untuk capai impian aku yang ni, memang akan aku usahakan. Bila kita dah minat dengan suatu perkara tu kita akan bersungguh-sungguh nak buat. Am i right?

Last shout: Satu je masalah aku. Bila dah siap short story aku, mesti ada masalah time nak pilih title! Hehe :D