Thursday, 7 February 2013

Impian: Novelist!

Salam. Agak lame aku tak update. Hee. Aku membusykan diri dgn berkarya. acehwah! bunyi  macam gempak je kan. Tak de lah. aku duk sibuk buat cerita pendek. then hantar kat internet. kira macam novel alam maya jugak lah. Kat Penulisan2u tu. Seronok coz memang tu ler minat aku dari sekolah lagi. 

Actually agak banyak cerita pendek senang cakap cerpen yang aku dah buat. Novel ada jugak tapi banyak yg tak siap btul2. Manalah ada masa kan nak mengadap je. Alang-alang cuti panjang, idea pulak mencurah-curah tu yang aku terus menaip tak henti. Hehe.

Baru-baru ni pun aku bedal beli sekali 3 novel kau. Baru start nak baca satu. Tapi dah pernah bace pun sebelum ni. Novel  M.A.I.D! Sumpah best gila novel ni! Keje nak senyum je time baca this novel. Hehe. Memang aku tak pernah bercinta but i do love love story so much! Tak kisah lah yang sedih ke, yg kelakar ke, sume aku harok sukaaa.

# M.A.I.D

5 stars aku bagi! Mr F tersangatlah sweet! Cute! Kalah Zain Hakimi! :p

# Setia Hujung Nyawa

Cute Couple! Lina &Zain :)

# Hei Aku Kenal Cinta!

Jalan cerita ada siket macam drama korea Princess Hour ngan Heart Strings.
(Writer dia budak Uitm tau! Peace yo!)


Bila dah lama-lama baru perasan yang rak buku kat bilik aku tu dah melambak jugak novel-novel yang aku dok beli selama ni. Sampai dah tak tau nak letak mana. Hehe.  Okay, aku start menulis ni since form 2. Time tu tulis pakai tangan kat buku log je. Sakit tangan. Pastu arwah ayah belikan computer masa aku form 4. Hahh, lagilah aku ligat nak menaip. Berkobar betul time tu! Hee. sampai ada sorang member aku ni dok request novel lain pulak. Aku cakap lah mana ada masa setakat ni. Assignment tah kemana nanti. Aku masih amatur.

Dulu time form 4 pernah set impian nak jadi cikgu but in the same time buat novel (novelist) and buat part time jadi wedding photographer! Hahaha. Bunyi macam best je kann? Semangat betul! wahaha.

Okay, Insyaallah kalau aku still ada peluang dan rezeki untuk capai impian aku yang ni, memang akan aku usahakan. Bila kita dah minat dengan suatu perkara tu kita akan bersungguh-sungguh nak buat. Am i right?

Last shout: Satu je masalah aku. Bila dah siap short story aku, mesti ada masalah time nak pilih title! Hehe :D

2 comments:

  1. ingat lagi novel kau yg aku baca masa form 2,siap tampal gambar so boleh imagine, padahal cerita tu macam berangan sebab watak dia kita punya crush kan..kan... hikhik :P

    ReplyDelete
  2. hahaha. tau tak pe. inspired je lebihh. Lawak2! hahaha ;D

    ReplyDelete