Tuesday, 29 January 2013

"Siapa Hazirah?"

Salam. Pernah tak rase cam diri ni loser? Apa pun tak boleh? Okay, aku sedar yang aku ni ego. ego dgn diri sendiri. pelik kan. apa yang aku maksudkan aku ni jenis yang tak reti nak melawan. apa-apa yang buat aku sakit hati, menyampah or makan hati ke aku cam tak boleh nak give a feedback or how to react.

 Aku jarang bergaduh dgn org. i mean tersangatlah jarang. aku tak reti nak fight. aku just mampu diam diam and diam sampai aku sendiri rasa yang aku ni macam dah takde perasaan. even akak aku pun cakap aku camtu.

Even kalau mak aku membebel or suruh itu suruh ini (mak always high pitch! i love u mak) yang pada aku kalau orang lain dah tak boleh blah dah but aku still boleh buat muka seposen cool tahap cipan dengar and buat apa yang dia suruh. bukan nak kata yang aku ni anak mithali lah konon but since aku sekolah rendah aku memang sangat pasif.

Sepanjang berkawan dengan sapa-sapa je lah, aku jarang bergaduh. ada tu aku tak pernah bergaduh langsung apatah lagi nak merajuk or kecik hati dengan dia. (kitorang member for almost 2 years). entah! aku ni memang heartless ke hape? serius sumpah aku tak retiiiiii. haaaaa. aku cam geli lah nak merajuk2 ni. macam bukan aku. 

Aku rasa kalau aku dah ada bf ke dah kawin ke mesti laki aku tak payah susah nak pujuk2 aku. kalau ye pun aku nak merajuk ngade2, aku macam fake. hahah. aku rasa aku sangat pelik. thats why aku still tak nak ada boyfriend coz aku takut one lucky guy (lucky keeee??puiiii) ni tak faham perangai aku yang pelik kemain ni. 
-Aku lazy texter 
-aku tak reti nak manje2
-aku tak reti nak berbual rancak dgn lelaki sebab nanti aku cam awkward
-aku gelabah
-aku cepat fedup
-aku take a long time untuk ngam dgn someone (nak2 lelaki)

Hah, aku ni borrrringggg kan? pastu pelik. Haihh, memang kesianlah sape yang dapat aku nanti. bukan nak merendahkan diri sendiri but this is just me, the true about me.

Gambar yg takde kene mengene.



Last Shout: kann best kalau ada orang yang betul2 paham kite? kannnn.

Sunday, 27 January 2013

Al-Fatihah buat arwah Ayah.

Salam, pagi tadi pergi melawat kubur arwah. Dah lama tak pergi. Ni tgh sem break dapatlah pergi melawat. sedekahkan yassin. bila setiap kali jejakkan kaki kat tanah perkuburan tu, hati memang frust giler but dalam masa yang sama aku seboleh-bolehnya tak nak menangis. aku tak nak menangis depan mak sebab nanti mak lagi sebak. tapi kalau melawat time pagi raya aku memang out. tak dapat nak tahan air mata lagi. Aku macam baru sedar yang oh okay, aku dah takde ayah rupanya. Bukan aku tak redha dengan pemergian arwah, but aku cam rasa dia still ada with us.

Aku dari kecik memang manja dengan arwah. Sampai aku dah besar panjang ni pun. segala kehendak aku dia cuba tunaikan. kitorang banyak persamaan dari segi makanan favorite,suka baca buku. Arwah orangnya cool, tak pernah marah2, suka melawak, rajin. Seriusly, aku memang sangat rindukan dia. SANGAT.Aku betul2 tak sangka perbualan dalam kereta time arwah hantar aku pergi keje pagi ahad (22 julai 2012) tu adalah yang terakhir. serius tak syak apa yang buruk nak jadi. everything macam sangat normal. tapi tu lah. Janji Allah, DIA tak pernah mungkir. Hari tu rupanya hari ayah pergi meningglkan kitorang buat selama-lamanya.

Memang sangat mengejut sebab arwah memang tak sakit. Dia meninggal mengejut lepas solat zohor. Akulah yang paling lost waktu tu. Seminggu aku asyik menangis. Adik beradik yang lain still boleh tahan but aku memang tak boleh. Benda ni sangat pahit bagi aku. Bagi yang belum rasa kehilangan seorang ayah memang korang takkan faham apa yang aku rasa. tiap2 malam aku menangis sebelum tidur, lepas solat zohor mesti aku sebak sebab arwah meninggal lepas solat zohor.

Buat ayah,
zira sangat rindukan ayah. Rindu nak sangat dengar suara ayah, lawak ayah, rindu nak cium tangan ayah. semoga roh ayah tenang di sana. Zira sentiasa mendoakan ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Time melawat iwan kat Port Dickson. ni kat muzium tentera.


Last Shout: Rinduuuuu. Nak ayahhhh :(

Tuesday, 22 January 2013

"I Don't Need A Man"

Salam.. Hello! Lately aku suka pulak dengar lagu i don't need a man by Miss A. Maksud lyric dia sangat lah "woww really?" Aku suka. I mean macam kena dengan diri aku. Okay, aku single. Aku tak pernah ada hubungan yang berat2 dengan LELAKI. Time sekolah dulu aku pernah couple (form 4). Tu pun just for 5 months and in that 5 months aku rasa cam "bodoh ape ni?". Really wasted my time! Aku tak pernah ada perasaan sayang ke suka ke yang mendalam kat seseorang. I just dont know how to love. And aku sangat sure yang lelaki akan cop aku seorang girl yang "boringgggg". So??(you dont know me, so shut up boy!) Biarlah.. Thats why aku dengan lelaki cam ada gap. Gap yang pada aku "okay baguss!" And now i'm almost twenty years old. Tahun ni lah. And i'm still nobody. And i don't care. Pada aku cukoplah ada family and friends. it is just enough for me. Sedangkan ad sepupu sepapat aku yang dah selamat kahwin time umur cam aku nih. But for me, NOPE! aku jenis yang buat benda satu2. Belajar dulu kasik habis, cari keje, baru pikir pasal cintan cintun ni. Selagi aku tak ada kerjaya selagi tu "zira, no love!" That's my prinsip. Tak perlu jadi desperate nakkan boyfriend. We can stand by ourselve what. Insyaallah. Plus lepas arwah ayah meninggal, lagi lah aku jadi cam lagi takot and tak percaya dgn lelaki. 





"I Don't Need A Man"
(separuh dari lirik dia)

This is for all the independent ladies
Oh oh oh, oh oh oh
Let’s go
I can live well without a man
So if you’re not confident, don’t come to me
I don’t sell myself easily because
I don’t need a man I don’t need a man (What?)
I don’t need a man I don’t need a man (Really?)
I don’t need a man I don’t need a man (For real?)
I don’t need a man I don’t need a man
I can live well without a man
I pay my rent with my money
I buy my own food, I buy my own clothes
It may not be enough but I know how to be satisfied
That is why I love myself (hey)
I don’t want to spend my parent’s allowance as my own
I’m too old for that
Isn’t it a given to not be burdensome to them?
That is why I am proud of myself (hey)
Boy don’t say
“I’ll take care of you, I’ll cherish you” no no
Boy don’t play
If you’re not gonna come with a serious mind

Last Shout: However, somewhere, someone was made for me. Just patiently waiting for my prince charming. (Jeongmal??)


"Flower Boy Next Door"

Salam.. Hello! Ni ada drama yg agak baru aku usha. Title cam best! Aku baru layan 1st episode. Ada 16 episod tak salah aku sume sekali. Park Shin Hye kot heroin dia. Favourite actress aku tu. Cite die cam ni, Park Shin Hye (Go Dok Mi) ni die jenis yang lonely and tak pernah keluar dari rumah die sampai dia dapat title "city rapunzel"! Dia tinggal kat perumahan yang cam kondominium gak ah. Dia selalu ushar lelaki merangkap neighborhood dia gak lah. Tiap2 pagi mesti dia ushar dari tingkap rumah dia and follow apa yang laki tu buat. Cam bersenam, breakfast. sampailah lelaki tu keluar pergi kerja. Tapi dalam masa yang sama Enrique Geum ni jiran dia yang lain tau yang Go Dok Mi ni selalu ushar lelaki tu. okay, next episod aku layan malam kang oraitt! hee.



Last Shout: Park Shin Hye sememangnya cute! :)

Korean Drama Maniac.

Kali ni aku nak share pasal drama2 korea yg aku dok layan selama ni. Serius aku memang dah lama dok giler tengok drama korea. Since aku darjah 6 kot. Haha. Lama giler. Bukan lah aku tak layan drama or movie melayu ke hape. Aku still suke drama2 melayu. But drama korea feel aku lain siket. Jalan cerite diorang cam hidup tau. I mean just real lah. Dalam banyak2 drama yang aku layan aku terpaling suke drama Princess Hour! Aku tak tau apehal aku giler btol dgn drama ni. Dekat 3 kali gak lah aku khatam tengok drama ni. Drama ni time aku form 2. Sebab drama ni jugak aku dapat ilham nak buat novel. Hehe.
Okay kat sini aku buat list and ranking drama2 korea yang aku layan time sekolah rendah and menengah. Tadaaa~

#1st Full House (Time aku Darjah 6)

Aja-aja Hwaiting!

#2nd Biscuit Teacher And Star Candy (Time aku form 1)
Drama ni best sangat! Die suka kat cikgu die.



#3rd My Sassy Girl Chunhyang. (Form 1)



#4th Princess Hour/ Goong (Form 2)

Most Favourite!!!


#5th My Girl (Form 2)



#6th Boys Over Flower (Form 4)

Most Favourite gak ni!


#7th Playful Kiss (Lepas gua Spm! Hee)

Ni pun kegemaran! Baek Sung Jo!! ;)

#8th You're Beautiful (Lepas Spm gak!)

Diorang sume cute dlm drama ni! ANJELL!

Okay kali ni drama2 yang aku sempat layan time kat matrik dulu. Agak banyak drama yg aku layan sebab banyak supplier! Hehe ;D

#1st Secret Garden (Best giler! Member2 pun mostly cakap drama ni syok!)



#2nd City Hunter (My Lee Min Ho berlakon ok! Of course tengok! Drama ni 10 out of 10 lah)



#3rd My Girlfriend Is Gumiho (cute!!)



#4th Heartstrings (Ost die best2!)



#5th Flower Boy Ramyun Shop (drama ni kelakar! Jung Ill Woo cute sangat!!)



#6th Lie To Me (Yoon Eun  Hye! Favourite actress aku)



#7th Coffee Prince (Yoon Eun Hye lagi!)

Kegemaran!


#8th 49 Days (Jung Ill Woo lagi! :) )

Drama ni sedih woo.


Okay ni pulak drama2 yang sempat aku layan time lepas abis matrik!

#1st Big (Goong Yoo smart and cute dlm drama ni!)



#2nd Rooftop Prince (Yoo Chun!)



#3rd Fashion King



Then yang paling latest aku layan kat UiTM drama I Miss You. Sedihh maa cite nii..




Last Shout: All listed kat atas ni just drama yang aku betol2 layan and pada aku memang best2 lah. Now nak usha2 drama yang latest2 and tgh nk try copy Running Man yg latest episod. Hehe. Episod 129 ada Yong Hwa!! ;)



















"I Miss You."

Salam.. Hello! Lama giler kot tak update. Final punye pasal, malas nak update2. Hah, ni tgh sem break ade lah time nak meng-update2 bagai. Ni nak story siket. Aku baru je habis layan drama korea " i miss you" yg Park Yoo Chun dgn Yoon Eun Hye berlakon tu. Drama ni sumpah best giler lah pada aku. Sebab aku mmg suka drama korea yg berat2 ni. i mean drama yg banyak konflik. Aku menangis giler2 kot time layan drama ni. Memang antara drama korea yg paling sedih yg pernah aku tengok. Punyalah dah lama aku tak menangis kalau layan drama or movie sedih yang lain. Tiba kat drama ni aku memang sentap gilosss :(

Drama ni ada 21 episod.

Okay cerita die camni, mula2 kisah time diorang, Han Jung Woo dgn Lee Su Yeon umur 15 tahun. Lee Su Yeon ni bapak dia pembunuh (tapi rupanya bapak dia bukan pembunuh sebenar), so semua org tak suka kat dia. Kat sekolah pun orang pulaukan dia. Tiba2 Han Jung Woo baru pindah sekolah tu, dia je yg nak berkawan dgn Lee Su Yeon. Diorang pun member lah, tapi lama2 masing2 ada feeling towards each other. In the same time bapak Han Jung Woo (Han Tae Joon) ni ketua kongsi gelap yang tengah konflik dgn perempuan simpanan merangkap bini muda ayah dia sendiri (datuk Jung Woo). Diorang berebut kan duit yang agak berjuta peninggalan mendiang atok die tu lah. Yg bini muda tu nama die Kang hyun joo. Die ade anak lelaki umur 12 tahun nama die Kang Hyun Joon (Harry Borisson). 


Time umur 15 tahun.

Konflik start bila Jung Woo dgn Su yeon kene culik dgn org suruhan Kang Hyun Joo. Time tu lah punca diorang terpisah selama 14 tahun kau! tak ke giler lame! Su yeon kene rapped then jung woo pun x dapat buat ape2 coz die pun kene ikat time tu. Time ni mmg aku menangis sebab macam kesian giler kot kat diorang. Dah lah still muda then kene pukul terok2 bagai apa sume. Jung woo lari sebab terlalu takut. die tinggalkan Su yeon sorang2.

Time kene culik.

Lepas tu Su Yeon lari sorang2 then perempuan yg kang hyun joo suruh sembunyikan anak die tu almost nak langgar Su yeon dgn kereta die but kang hyun joon tu suruh selamatkan Su yeon. 
14 Years later... alah tak nak lah story lebih2, nak tau kene tengok drama ni okayyy. Sumpah Best!  Hikkkk :D

Part ni yg aku menangis sampai tak cukop tisu. Bayangkan 14 tahun cari, tunggu baru jumpa balik!
(plus dgn lagu background yg sedih giler -Just Look At You by Jeong Dong Ha)

Part ni pun! even Su Yeon jadi buruan polis, still Jung Woo nak protect Su Yeon. How sweet.

Main Cast:

Park Yoo Chun as Han Jung Woo
Seorang Detektif yang sanggup cari girlfriend die (yg org kate dah mati) selama 14 tahun. Perrggh!


Yoon Eun Hye as Lee Su Yeon/ Zoe Lou
Fashion Designer. But still trauma dengan kejadian die kena rapped.


Yoo Seung Ho as Kang Hyun Joon / Harry Borisson
Hartawan (duit peninggalan mak dia)
Jahat. Bunuh banyak org. Tapi serius aku salute lakonan seung ho dlm cite ni. 
real la. Kadang2 cam kesian ngn die tpi die tetap jahat dlm cite ni!


Jangan risau, ending diorang kahwin jugak! Heee :)



Last Shout: Kalau memang ada lelaki macam Han Jung Woo, memang gua salute!