Sunday, 27 January 2013

Al-Fatihah buat arwah Ayah.

Salam, pagi tadi pergi melawat kubur arwah. Dah lama tak pergi. Ni tgh sem break dapatlah pergi melawat. sedekahkan yassin. bila setiap kali jejakkan kaki kat tanah perkuburan tu, hati memang frust giler but dalam masa yang sama aku seboleh-bolehnya tak nak menangis. aku tak nak menangis depan mak sebab nanti mak lagi sebak. tapi kalau melawat time pagi raya aku memang out. tak dapat nak tahan air mata lagi. Aku macam baru sedar yang oh okay, aku dah takde ayah rupanya. Bukan aku tak redha dengan pemergian arwah, but aku cam rasa dia still ada with us.

Aku dari kecik memang manja dengan arwah. Sampai aku dah besar panjang ni pun. segala kehendak aku dia cuba tunaikan. kitorang banyak persamaan dari segi makanan favorite,suka baca buku. Arwah orangnya cool, tak pernah marah2, suka melawak, rajin. Seriusly, aku memang sangat rindukan dia. SANGAT.Aku betul2 tak sangka perbualan dalam kereta time arwah hantar aku pergi keje pagi ahad (22 julai 2012) tu adalah yang terakhir. serius tak syak apa yang buruk nak jadi. everything macam sangat normal. tapi tu lah. Janji Allah, DIA tak pernah mungkir. Hari tu rupanya hari ayah pergi meningglkan kitorang buat selama-lamanya.

Memang sangat mengejut sebab arwah memang tak sakit. Dia meninggal mengejut lepas solat zohor. Akulah yang paling lost waktu tu. Seminggu aku asyik menangis. Adik beradik yang lain still boleh tahan but aku memang tak boleh. Benda ni sangat pahit bagi aku. Bagi yang belum rasa kehilangan seorang ayah memang korang takkan faham apa yang aku rasa. tiap2 malam aku menangis sebelum tidur, lepas solat zohor mesti aku sebak sebab arwah meninggal lepas solat zohor.

Buat ayah,
zira sangat rindukan ayah. Rindu nak sangat dengar suara ayah, lawak ayah, rindu nak cium tangan ayah. semoga roh ayah tenang di sana. Zira sentiasa mendoakan ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Time melawat iwan kat Port Dickson. ni kat muzium tentera.


Last Shout: Rinduuuuu. Nak ayahhhh :(

No comments:

Post a Comment