Wednesday, 27 February 2013

"Orang-orang Penting!"

Fuh fuh fuh. *Tiup habok

Blog berhabok! lama beno tak update.Salam.. okay, this time gua nak story mory betape pentingya family and kawan dalam hidup kitee. Buat masa ni diorang lah yang penting bagi aku. Boyprenggg2 ni nanti2 punye cite.Okay family! Kenapa bila everything happen aku akan tetap rase yg family adalah segalanya bagi aku? Coz family aku tak macam family org lain. Kitorang ni special. Kitorang more like friends. Luv them so much!

Akak2, abang2, adik gua sume ade pe'el memasing yg boleh buat hidup gua yang huru hara, cool semula. Even kalau aku nangis or touching tak sampai sesaat due aku dah boleh gelak sakan sebab kegilaan mereka.Aku sayang merekaaaa. Okay now, memasing dah ade komitmen memasing. Aku sumpah rindu mereka! Dalam setahun tu susah kalau nak semua ade dlm pape gathering. 

Okay, akak yg sulong bakal berkahwin this year, i mean lagi 2 months kot, abang no 2 single but die ni cool siket. Jarang gua gegurau lebih dgn die. Abang yg third ni paling aku rinduuuuu. Die ni memang kaki kuat buat aku merajuk even aku tak suka merajuk, suke usik aku! Die ni gila tahap gaban. Sumpah sunyi takde die. He's now kat sarawak. Polis!
Rindu kau wehh T.T

Then "bestfriend" aku, budak berdue ni. Kitorang dari kecik memang buddies bertiga! Hang out mesti bertige uolls. Coz yg atas2 tu sume dah bekerje. Kalau kitorang hang out, orang tak akan anggap yg kami ni siblings sebab muke lelain. Mesti orang ingat kengkawan. Haha! But tu lahh. Sekarang sume dah tak cam dulu. Masing2 ade hal memasing. Second sis aku study kat UUM nunn sane. Adik lelaki gua yang paling lawak dalam dunie tu pulak study kat KMJ. Aku plak UiTM. Then mak sensorang lah? Kesian makk. Ayah dah tade. Aku selalu touching sebab mak suke keluar ayat2 tacing die. T.T

Gilaaaa! (klu marul tau aku letak pic ni mampuihh aku! heee. jgn gitau die tau!)

Aku pulak nak gak cite pasal sorang bestfriend gua nihh. Bestfriend giloss! Gua start satu kelas ngn die dari sekolah rendah darjah 4. Kami mula rapat darjah 5. Sekang kami dah 20 tahun. Kire bape tahun dah aku kenal die ni. Mau2 tak dekat 10 tahun. Huuu Haiiii~ Giloss lame! Dengan die ni lah tempat aku nak cer pape jee yg aku nak cer. Pasal crush tu ke, crush ni ke, sume gua harok cer kat die ni. Even memasing dah study tempat lain2. Hei, kemmonnn lah Fb ade, twidder ade, wassap2 ade. Gunekan sebaiknyaaaa. Muahaha.

Ni hah orangnyee. Arina. Cantik orangnye kan? menjuling pulak tu. kihkih

Orang kata kawan ketawa berjuta kau boleh dapat, kawan menangis pulak susah beno nak carik. But die ni kawan ketawe gua mahupun menangis gua. Kalau aku nangis, aku tau die nangis gak. Hhehehh. Beb, ni for reply dari entry kau yg buat gua tacing habiss tuu. All i can say is, thanks for everything. everything yg we've been through dlm persahabatan yang bertahun-tahun ni. Kau kalau dah jumpe jodoh serasi bersame jgn sesekali lupe ke gua tau! Pape pun, pedulik apa orang kata tentang kegilaan kite yg menggila ni! Orait bebeh. Luv u lah!


Last Shout: Sayang keluarga dan sahabat ku ketat-ketat! :)






Friday, 8 February 2013

'Ada Apa Dengan Cinta?"

*Title macam acah-acah mak enon*

Salam. Okay. aku tak tau kenapa dengan tetiba aku nak cakap pasal cinta. Okay jujur lah, aku memang takde pengalaman. senang cakap aku bodoh kalau bab2 ni. tapi aku still ada pandangan aku sendiri tentang cinta. To me cinta ni datang bila kau rasa kau betul-betul sayang kat seseorang ni. sayang yang mendalam. kau rasa macam kau nak dia so badly. kau nak jaga dia. sentiasa ada dengan dia.(but sumpah aku belum rasa!) itu pada pandangan aku. But to me cara seseorang lelaki nak mendekati perempuan yang dia betul-betul berkenan should be in gentle way lah. 

Aku sangatlah kurang berkenan kalau sesorang lelaki tu nak mengorat dengan style mintak number phone. padahal baru terpandang sekali due je punn. Okay aku pernah mengalami kes macam ni and to me it's like "ahhh bodoh! stupid! bodoh!" Aku rasa aku sangat bodoh sebab aku bagi. And aku menyesal and lepas tu aku benci lelaki yang buat style macam ni. Hmm mungkin aku je yang tak suka cara macam tu. kan ke aku ni memang pelik. Aku ni camne ek nak cakap? Pada aku cara tu sangat lah tak respect each other, tak cool, style budak sekolah. (sorry to say). Itu tak matang.

Aku sebagai kakak kepada adik lelaki aku, kakak saudara kepada adik-adik saudara aku tak kira laki ke perempuan yang still sekolah lagi tu. Okay aku nak cakap kat korang satu je, umur macam korang sangat tak layak untuk bercintan cintun. Bukan nak kata aku ni bagus sangat. But aku dah tau how it's going to end dengan meng-observed (hah nampak tak english bedal aku dah keluar? jgn ikut!) apa yang dah berlaku around me. 

Adik gua yang bertuah sorang ni! Degil jugak ni!


Adik-adik yang akak sayang sekalian, tolonglah kesiankan diri sendiri, parents. think about your future is what more important right now. Aku tak anggap budak-budak sekolah yang bercouple2 ni as sweet couple ke hape jadah whatever. Aku akan assume yang betapa korang telah membuang masa korang jee. Nonsense je tau. But kak zira tau korang sume pandai2, sekolah bagus2. Mesti korang boleh fikir.

Okay, faham benda ni depend lah kat someone tu. masing-masing ada naluri nak berkasih2han but mostly tak semua yang boleh bertahan. Cinta sejati tu ada. Cinta yang datang dengan sendiri tu lah cinta yang for real. Aku tak mencari cinta.(ecehh!) Memanglah orang kata kalau tak berusaha pun tak boleh gak, tapi aku cam dah serik nak berharap or minat kat sape2 sebab mostly aku takkan dapat pun in the end. sadis kan?

Sadiskah?


So, so, so, pehal panjang plak entry kali ni. Okay maybe aku serik camni sebab aku pernah minat (dalam diam) kat someone time sekolah dulu bertahun lamanya (Form 2-Form5) but in the end sampai dah abis sekolah pun memang tak ke mana. So maybe bukan dia yang tertulis untuk kita even kau minat dia tahap apa sekalipun. kalau dah dia bukan untuk kau, tetap bukan. Tetap cam "nothing going to happen between me and him".

Jodoh kita, i mean siapa yang akan menjadi pasangan kita nanti memang dah ada. cuma kita dan si dia belum dipertemukan lagi. dia maybe bersama dengan orang lain. but bila Allah dah sebut Kun Fayakun maka terjadilah ia. In the end kita akan dipertemukan jugak dengan Prince Charming kita yang dinanti-nantikan selama ini. Tak kira bertahun-tahun pun kita tunggu. Insyaallah :)

" bertahun2 kite single sebab tunggu abang.. Janganlah pandang macam tu! Malu!"
*Gediks! Pergi terjun sungai sane! Bhahaha  ;D



Last Shout : Ini cumalah pandangan peribadi aku saje. Suka hatilah nak judge macam mana. Pendapat masing2. Sorry sekiranya telah menyentapkan mana2 pihak yang tersentap. *BuatPeace (Y)

Thursday, 7 February 2013

Impian: Novelist!

Salam. Agak lame aku tak update. Hee. Aku membusykan diri dgn berkarya. acehwah! bunyi  macam gempak je kan. Tak de lah. aku duk sibuk buat cerita pendek. then hantar kat internet. kira macam novel alam maya jugak lah. Kat Penulisan2u tu. Seronok coz memang tu ler minat aku dari sekolah lagi. 

Actually agak banyak cerita pendek senang cakap cerpen yang aku dah buat. Novel ada jugak tapi banyak yg tak siap btul2. Manalah ada masa kan nak mengadap je. Alang-alang cuti panjang, idea pulak mencurah-curah tu yang aku terus menaip tak henti. Hehe.

Baru-baru ni pun aku bedal beli sekali 3 novel kau. Baru start nak baca satu. Tapi dah pernah bace pun sebelum ni. Novel  M.A.I.D! Sumpah best gila novel ni! Keje nak senyum je time baca this novel. Hehe. Memang aku tak pernah bercinta but i do love love story so much! Tak kisah lah yang sedih ke, yg kelakar ke, sume aku harok sukaaa.

# M.A.I.D

5 stars aku bagi! Mr F tersangatlah sweet! Cute! Kalah Zain Hakimi! :p

# Setia Hujung Nyawa

Cute Couple! Lina &Zain :)

# Hei Aku Kenal Cinta!

Jalan cerita ada siket macam drama korea Princess Hour ngan Heart Strings.
(Writer dia budak Uitm tau! Peace yo!)


Bila dah lama-lama baru perasan yang rak buku kat bilik aku tu dah melambak jugak novel-novel yang aku dok beli selama ni. Sampai dah tak tau nak letak mana. Hehe.  Okay, aku start menulis ni since form 2. Time tu tulis pakai tangan kat buku log je. Sakit tangan. Pastu arwah ayah belikan computer masa aku form 4. Hahh, lagilah aku ligat nak menaip. Berkobar betul time tu! Hee. sampai ada sorang member aku ni dok request novel lain pulak. Aku cakap lah mana ada masa setakat ni. Assignment tah kemana nanti. Aku masih amatur.

Dulu time form 4 pernah set impian nak jadi cikgu but in the same time buat novel (novelist) and buat part time jadi wedding photographer! Hahaha. Bunyi macam best je kann? Semangat betul! wahaha.

Okay, Insyaallah kalau aku still ada peluang dan rezeki untuk capai impian aku yang ni, memang akan aku usahakan. Bila kita dah minat dengan suatu perkara tu kita akan bersungguh-sungguh nak buat. Am i right?

Last shout: Satu je masalah aku. Bila dah siap short story aku, mesti ada masalah time nak pilih title! Hehe :D